Menunggang ATV

  • Teringat krabi kalau tengok ATV ni. Rupanya di Pantai klebang pun ada. Kegiatan menunggang kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) kini menjadi pilihan untuk beriadah sambil menikmati keindahan alam semulajadi di Pantai Klebang. 
  • Tidak hairanlah ramai di kalangan generasi muda gemar menghabiskan masa di hujung minggu dan cuti umum atau waktu terluang dengan menunggang ATV di Pantai Klebang. ATV ni memang terletak di persisiran pantai serta dibuka setiap hari kecuali mereka hendak servis motor-motor yang beroda empat. 
  • Kadarnya adalah RM 25 untuk tujuh pusingan. Pemandu perlu sentiasa mengikut nasihat pemandu arah bagi mengelak sebarang kemalangan yang tidak diingini. Bagi orang ramai berminat, mereka boleh mencuba mendapatkan pengalaman menarik ini jika berkunjung ke Pantai Klebang di Melaka.


























VIDEO MENGENAI ATV @ KLEBANG



No comments:

Post a Comment

PANTAI KLEBANG DI MELAKA

😎PENGENALAN😎 Pantai Klebang atau Kelibang Besar terletak di Melaka. Tempat yang berhampiran ialah Tanjung Kling dan ...