Muzium yang mempamerkan informasi bersejarah, adat resam, budaya dan keagamaan memang banyak di Malaysia dan boleh dikatakan semua negeri ada. Tetapi muzium kapal selam memang tiada di negeri lain. Rugi siapa yang bercuti ke Melaka tetapi tak singgah di Muzium Kapal Selam (SUBMARINE MUSEUM) yang terletak di Kompleks Pelancongan Klebang dan hanya beberapa minit dari Pantai Klebang. Harga tiket masuk agak murah dan akses ke sini dari Bandaraya Melaka pun mudah dan dekat.
Untuk makluman, destinasi ini merupakan sebuah kapal selam sebenar yang dahulunya dikategorikan sebagai kapal selam penyerang. Kini ianya telah dibuka menjadi sebuah muzium dan salah satu tarikan pelancongan di Melaka sejak tahun 2012.
Harga tiket dan waktu operasi Muzium Kapal Selam Melaka
Harga tiket untuk melawat Muzium Kapal Selam sangat berpatutan dan sama murah dengan kebanyakan muzium-muzium di Melaka yang lain.
- Dewasa: RM 5.00 / seorang
- Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM 2.00 / seorang
- Kanak-kanak (bawah 6 tahun): Percuma
Waktu operasi Muzium Kapal Selam
- Isnin - Khamis: 9.00 am - 5.00pm
- Jumaat - Ahad: 9.00 am - 6.30pm (Jumaat rehat waktu 12.15pm - 2.45pm)
- parkir kereta percuma
- surau
- tandas
- gazebo
- sub cafe (akan dibuka)
- sistem penghawa dingin dalam kapal selam
Lokasi Muzium Kapal Selam
No comments:
Post a Comment